Agung titah semua pihak bertenang, hormati tempat ibadah
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat-tempat ibadah tanpa mengira kaum.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.
Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Seri Paduka menzahirkan harapan itu memandangkan kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu berikutan keputusan mahkamah itu dan semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
“Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia,” titah Tuanku Mizan.
Menurut kenyataan itu, Tuanku Mizan memandang serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rabu lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara. — Bernama
Bunuh Diri Atau Dibunuh?
Berita yang menggemparkan satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Prestasi SPRM diutamakan. ADUN DAP sasaran tepat. Wayang Pak Dalang baru bermula, tetapi satu wataknya telah terkorban.
Dahulu kita hanya mendengar kes kematian dalam tahanan polis atau lokap, tetapi kali ini kematian “misteri” di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Ini sesuatu yang luar biasa.
Teo Beng Hock, 30, Setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.
Mayat Teo ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.
Semalam Teo dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.
Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull memberitahu bahawa mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.
SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.
Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).
Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.
Kematian Teo pasti menimbulkan pelbagai spekulasi. Maklumlah Teo orang DAP, manakala SPRM badan kerajaan. Seperti diketahui umum DAP dengan kerajaan BN bagai anjing dengan kucing. Pantang berjumpa pasti bercakaran. Walaupun SPRM dikatakan badan bebas, namun kebebasannya diragui. Pihak pembangkang melihat SPRM sebagai boneka BN. Oleh itu, munasabah sekiranya kematian Teo dianggap misteri dan luar biasa.
Teo membunuh diri? Kenapa dia membunuh diri? Apakah dia tidak sanggup berhadapan dengan realiti kes yang dihadapinya? Kes baru disiasat, dan terlalu awal untuk “lepas tangan” dengan membunuh diri. Atau dia didera sewaktu siasatan? Mustahil. SPRM bukannya anggota polis. SPRM badan profesional yang tidak akan menggunakan kekerasan. Habis, dia tergelincir lalu jatuh bangunan? Ini pun tidak masuk akal. Dia dibunuh? Ini lagi tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, sedikit sebanyak kematian Teo ada kaitan dengan SPRM kerana dia mati selepas disiasat.
Saya bersetuju dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang meminta semua pihak, termasuk DAP agar bersabar menunggu siasatan selesai. Menuding jari tidak mampu menyelesaikan kemusykilan. Tuduh-menuduh makin mengeruhkan keadaan. Namun, mampukah pihak-pihak yang terbabit bersabar dan berdiam diri sehingga siasatan selesai yang entah bila.
Kematian Kugan sehingga kini belum mampu memuaskan hati semua pihak yang ada kaitan. Sekarang kematian Teo pula menyusul. Rakyat amat berharap kerajaan akan melakukan siasatan dengan cekap dan adil. Sekiranya kerajaan gagal meyakinkan rakyat bahawa Teo benar-benar membunuh diri, keyakinan rakyat kepada BN yang dikatakan pulih akan kembali merosot.
(Sumber fakta: Malaysiakini)
Penjelasan isu babi dan bantahan DAP
Oleh Zulkifli Yahaya
TIBA-TIBA DAP negeri Kedah mengisytiharkan keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat negeri ini hanya kerana isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan ahli jawatankuasa DAP Kedah ekoran, apa yang disifatkan mereka, kegagalan kerajaan negeri menangani isu tersebut sehingga dilihat seolah-olah kepentingan semua kaum tidak diambil kira.
Bagaimanapun pengumuman keputusan tersebut lebih kepada gimik politik kerana semua tahu bahawa isu besar parti seperti soal kerjasama, penggabungan atau perpisahan antara parti adalah ditentukan oleh Pusat, bukan negeri.
Tidak boleh dipersalah
Secara jujur, Thomas dan rakan-rakan tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menangani isu tersebut di episod-episod terakhir drama pusat penyembelihan babi ini serta tertekan dengan provokasi Gerakan yang ghairah memperjuangkan isu perkauman.
Selepas mendapat penjelasan yang betul nanti dan sedar bahawa isu tersebut sebenarnya tidak mengubah persepsi kaum Cina secara besar-besaran terhadap Pakatan Rakyat, maka mereka akan kembali.
Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun.
Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.
Keadaan pusat penyembilan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.
Bau sangat busuk
Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran.
Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.
Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram.
Jika DAP memberitahu bahawa kerajaan negeri hanya memberi tempoh selama sebulan untuk mencari tapak baru, ternyata tidak betul. Sebenarnya tempoh melebihi 168 bulan telah diberikan!
Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman.
Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.
Berbeza dengan ahli majlis zaman BN dulu yang hadir mesyuarat hanya untuk mengangguk macam Pokka.
Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor diambilkira. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tidak kira dari PAS atau Umno, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya.
Bukan isu perkauman
Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.
Gerakan adalah parti komponen BN yang bijak memutarbelitkan isu dan melakukan provokasi perkauman di kalangan orang Cina sehingga beberapa pemimpin bukan Melayu Pakatan Rakyat turut terpengaruh.
ADUN DAP Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dan pengusaha haram tersebut telah bertemu Menteri Besar untuk memohon ehsan beliau bagi mengarah penangguhan kerja meroboh. Mereka meminta tempoh sebulan untuk mencari tapak baru (setelah 14 tahun mencari tak jumpa?). Menteri Besar bersetuju.
Dalam pada itu, Umno bermain ‘perang saraf’ di kalangan orang Melayu, “Tengok kerajaan PAS kalau nak roboh rumah orang Melayu di Kampung Tok Bidan tak ada tanguh-tanguh, kalau nak roboh kandang babi boleh tangguh pulak.”
Di kalangan orang Cina pula Gerakan memukul canang, “Mana slogan PAS untuk semua, hak bukan Islam dinafikan.”
Lidah yang keluar dari mulut BN bercabang-cabang. Elok benar kalau kepala Umno dan Gerakan dipegang dan dilagakan antara satu sama lain.
Hero masyarakat Cina
Akhirnya pada 1 Julai 2009, pusat penyembelihan tersebut dirobohkan. Gerakan dan DAP menyatakan bantahan terbuka, tetapi hakikatnya DAP ketika ini yang kelihatan menjadi hero di kalangan masyarakat Cina.
Oleh kerana isu ini terlanjur telah menjadi isu politik di kalangan parti-parti bukan Melayu, yang jika dibiarkan berlarutan akan mempengaruhi segolongan masyarakat bukan Melayu yang tidak memahami isu sebenar, maka ada baiknya kerajaan negeri membantu menyegerakan pembinaan pusat penyembelihan baru yang mematuhi peraturan. Maka isu tersebut akan selesai dengan baik. _
Pusingan Pertama Pas Sudah Menang
Oleh Mohd Sayuti Omar
PROSES penamaan calon pilihan raya kecil Manik Urai sudah pun selesai. Dua calon bertanding telah pun diumumkan. Mereka ialah Fauzi Abdullah, 50 dari Pas dan Tuan Aziz Tuan Mat dari UBN, 39.
Nampaknya kali ini tidak ada calon bebas yang ikut serta bagi memeriah dan sekaligus menganggu pilihan raya berkenaan. Mungkin dalam keadaan ekonomi tidak sihat, tiada siapa untuk jadi tidak siuman bagi menghabiskan wang untuk dijadikan deposit RM5,000. Mungkin juga di Manik Urai tidak ada wanita yang kurang siuman yang tergila-gila nak melihat foto mereka ditampal di pokok kayu!
Pertandingan antara Pas dengan UBN adalah pertandingan tradisi. Apapun keadaan mereka akan bertanding dan terus bertanding antara satu sama lain. Pertandingan kadang kala bukan sangat kerana yakin menang tetapi kerana dendam kesumat antara satu sama lain.
Jika dilihat kepada semangat dan sokongan, ternyata calon Pas, Fauzi mendapat sokongan hebat. Lebih 12,000 para penyokong dan ahli Pas mengiringi Fauzi ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Yahaya Petra, di Kuala Krai.
Berbanding dengan penyokong dan ahli Umno yang mengiringi calon mereka, Tuan Aziz sekitar 5,000 orang saja. Jika jumlah sokongan ini diambil kira sudah pasti Pas akan dapat mengekalkan kerusi berkenaan dengan begitu mudah.
Tetapi kerana politik adalah politik, tidak kira musim hujan, panas atau sejuk; Pas dan Umno tetap juga akan bertarung. Keduanya perlu menyertai mana-mana saja pilihan raya bagi membuktikan mereka masih kuat. Soal kalah menang soal kedua yang boleh dijustifikasikan dengan sifar-sifar dan ilmu politik. Apakah kerana amalan politik bermusuhan itu merugikan bangsa dan agama, kedua-duanya tidak akan menghiraukannya. Yang penting nafsu mereka terpenuhi.
Misalnya kalau UBN tewas pada 14 Julai nanti, akan adalah alasan-alasan yang direka dan dicipta khas untuk tidak menampakkan parti berkenaan lemah dan semakin ditolak rakyat. Begitu juga sebaliknya. Akan dituduhkan kononnya ada permainan dan tektik-tektik kotor yang dimainkan oleh pihak Pas atau UBN.
Kita berharap biarlah keadaan itu tidak berlaku lagi. Kalau UBN kalah maka UBN kena menerima hakikat kekalahan mereka dan jangan cuba hendak mencari helah seperti orang yang tidak pandai menari akan salahkan tanah tinggi rendak apabila tarian mereka songsang dan canggung.
Dalam perarakan menunju ke pusat penamaan calon hari ini keyakinan dan kehebatan Pas terserlah sekali. Dua pemimpin utama Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang turut sama mengiringi Fauzi di samping pemimpin Pas lain.
Perarakan yang berlangsung dalam suasana ukhwah dan semangat tinggi menampakkan Pas tidak menghadapi apa-apa masalah. Ternyata isu unity goverment dan perselisihan pendapat antara Nik Aziz dengan Abdul Hadi yang cuba dieksploitasikan oleh UBN tidak menjadi. Ahli dan penyokong Pas cukup bijak dalam menghadapi provokasi musuh.
Jelas sekali kehadiran begitu ramai penyokong Pas menggambarkan sikap semula jadi orang Pas di mana mereka akan bersatu bila berdepan dengan lawan. Mereka boleh melupai soal titik bengit dan melangkah sederap untuk menghadapi musuh, UBN. Ahli Pas tidak membawa masalah peribadi dalam parti mereka sehingga boleh memporak perandakan parti itu.
Manakala taburan penyokong UBN hanya sekitar 5,000 itu menunjukkan bahawa UBN kurang yakin dengan pilihan raya berkenaan. Mungkin penyokong UBN dari luar Kuala Krai tidak ‘ada angin’ (tidak ada semangat) untuk datang kerana sudah dapat membayangkan awal-awal lagi calon mereka akan tewas. Jumlah yang kecil itu juga mungkin kalangan Umno Kuala Krai sendiri tidak berpadu dalam menghadapi pilihan raya itu kerna masalah perpecahan dalaman.
Sekiranya penyokong UBN dapat merasakan mereka berpeluang sudah tentu mereka akan ramai-ramai ke Kuala Krai dan Manik Urai kalau pun bukan untuk melihat kemenangan tetapi sekurang-kurangnya untuk memakan lemang atau durian dan rambutan yang menjadi waktu ini.
Apabila mereka jadi tidak ‘ada angin’ maka jelaslah UBN dalam keadaan sudah kalah sebelum berjuang. Mungkin berdasarkan hakikat inilah menyebabkan Pas menyarankan supaya lebih baik UBN tidak bertanding dan membiarkan kerusi itu kekal ditangan Pas.
Petunjuk yang dapat disaksikan hari ini pastinya akan menjadi perkiraan dan hisab pengundi di Manik Urai. Tidak ada guna kalau mereka bermati-matian untuk memberi undi kepada Tun Aziz kalau petanda UBN akan kalah sudah jelas kelihatan. Pastinya pengundi yang seronok dengan kemenangan Pas akan mengekalkan undi mereka kepada calon Pas. [*** 11:20 am 06/07/09]
Manik Urai: Guna dana Kem. Pelajaran untuk pikat pengundi,
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Pilihanraya Kecil N41 Manik Urai merupakan pertembungan dua parti politik terbesar tanah air, PAS vs Umno. PAS melihat bahawa ini adalah pertembungan politik peribadi yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana kementerian atau agensi Kerajaan.
Justeru itu, PAS melihat tindakan Umno mengunakan dana Kementerian Pelajaran bagi memberikan uniform dan beg sekolah secara percuma kepada 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manik Urai sebagai satu tindakan ‘rasuah politik’ kepada keluarga pelajar berkenaan sempena musim pilihanraya.
PAS tidak menolak sebarang bantuan kepada rakyat termasuk di Manik Urai. Tetapi tindakan memberikan bantuan kepada pelajar di Manik Urai (disini sahaja) pada musim Piliharaya Kecil adalah tidak kena, apatah lagi pemberian itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu atas alasan sebagai ‘tanda ingatan’ kementerian berkenaan. Pemberian pertama telah dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru semalam dan bakinya akan diberi sepanjang tempoh berkempen.
PAS mempersoalkan ‘tanda ingatan’ itu. Mengapa baru sekarang Umno beri ‘tanda ingatan’ itu. Bagaimana pula dengan hak pelajar bumiputra dan orang asli di pedalaman negeri Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan pelajar lain yang masih susah di seluruh negara.
Di Manik Urai, semua 6,142 pelajar diberikan bantuan ‘khas pilihanraya’ tanpa mengira mereka itu anak orang kaya atau tidak, sedangkan pelajar yang benar-benar susah ditempat lain tidak ‘diingati’ langsung.
PAS menyeru agar PIBG di sekolah-sekolah lain seluruh negara menghantar permohonan kepada Kementerian Pelajaran untuk meminta sumbangan Uniform dan Beg Sekolah bagi pelajar-pelajar mereka sebagai ‘tanda ingatan’ dan menuntut hak yang sama.
PAS mencabar Menteri Pelajaran untuk menyempurnakan ‘tanda ingatan’ itu di semua negeri sebelum hari pembuangan undi jika benar mereka ikhlas untuk membantu semua rakyat dan bukannya kerana hendak meraih undi Pilihanraya.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Abu Talib tak layak terajui Suhakam – Nazri. UMNO bukan segala-galanya, minta rakyat hentikan ?
Inilah rupa sebenar wajah UMNO. Isunya Pengerusi Suhakam yang juga bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman mengeluarkan nada yang ’sikit’ bercanggah dengan pimpinan UMNO. (Nazri Aziz, Menteri di JPM). Sebagai pengerusi sebuah suruhanjaya bebas dan berkhidmat untuk rakyat bukan untuk parti beliau juga sebagai seorang pengamal undang-undang yang sentiasa berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, beliau sarankan bahawa ‘kerajaan’ kena beri semula rakyat Perak pilihan bagi memerintah mereka. Itu adalah biasa, tetapi Menteri Di JPM yang menjaga hal kehakiman dan undang-undang , bertindak mengkritik Suhakam dan mengkritik Tan Sri Abu Talib bahawa kerana tidak bersikap ‘neutral’ dalam isu Perak.
Suhakam adalah badan yang berkecuali, berperanan sebagai penyelesai masalah dan pendamai perkara yang mahu didamaikan. Apakah yang ada dalam fikiran seorang menteri tidak lebih berfikiran berotakkan seperti seorang bertaraf pemikiran JKKK yang mengawal kampung sahaja. Inilah merit menteri UMNO. Apa yang ada dalam ‘kepala’ dia adalah UMNO mesti menang, UMNO mesti benar, malah segala-galanya adalah UMNO. jika boleh beliau mahu UMNO hidup selama-lama memimpin dan menerajui Malaysia.
Rakyat Malaysia kita seru jangan terlalu berterima kasih kepada UMNO. Ambil ibarat cerita Islam yang tersohor, bagaimana Khalid Al Walid selepas memeluk Islam beliau diangkat memimpin dan menjadi Panglima Perang/ Ketua Turus ATM Islam di Mecca, semua peperangan dikepalali Khalid, semua peperangan tersebut menang dengan cemerlang, malah gemilang dan terbilang lagi, tetapi Khlifah Amirul Mukmin waktu itu bertindak ‘mengugurkan’ beliau dari jawatan tersebut, dalam beliau megah disanjung menang dan menang peperangan diganti dengan panglima perang lain.
Moral ceritanya jangan kita memberi lama UMNO memerintah, nanti kita akan diminta berterima kasih kepada UMNO, berterhutang budi dengan UMNO dan banyak ber-ber yang lain yang menyusahkan kita. Sila gantikan UMNo dengan parti yang lain , masa dan waktu inilah yang paling sesuai. Bagi semua yang ada di muka bumi ini tidak akan dikatakan datang dari UMNO tetapi tahulah bahawa ia adalah hak Allah. Matikan dan hentikan khurafat besar, semua rezeki, semua biasiswa, semua ke mecca kerana UMNO, hentikan hentikan ini khurafat besar.
Abu Talib tak layak terajui Suhakam – Nazri
DIKRITIK..Presiden Suhakam yang baru Tan Sri Abu Talib Othman dikritik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman dikritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik Perak baru-baru ini.
Ketika menyatakan demikian di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempersoalkan pendirian bekas Peguam Negara itu apabila mengatakan bahawa rakyat Perak harus diberikan pilihan untuk menentukan kerajaan kehendak mereka.
“Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya.
“Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian,” kata Nazri semasa menjawab soal yang dibangkitkan oleh Tian Chua (PKR-Batu), M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Parlimen semalam.
Dewan Rakyat yang mengakhiri sesi sidangnya lewat malam tadi, membahas dan meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) (Pindaan) 2009.
Nazri berpendapat Abu Talib tidak perlu membuat kenyataan sedemikian memandangkan isu Dewan Undangan Negeri tidak tertakluk di bawah bidang kuasa Suhakam.
“Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah.
“Sangat jelas ia adalah subjudis,” katanya.
Malah pelantikan peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah sebagai pesuruhjaya Suhakam juga dikritik oleh anggota Dewan Rakyat.
Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang hadir Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu untuk memberikan nasihat dan bertindak bagi pihak Umno di mahkamah, dilantik sebagai pesuruhjaya Suhakam.
“Antara Abu Talib dan Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abu Talib tidak layak sebagai Pengerusi Suhakam,” tambah Nazri.
Tian Chua juga membangkitkan pertanyaan sama ada seorang pesuruhjaya Suhakam boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan mewakili ahli-ahli politik di mahkamah.
Menjawab soalan ini, Nazri memberitahu, seseorang pesuruhjaya seharusnya membezakan peranan sebagai peguam mewakili anak guaman dan anggota Suhakam.
Terdahulu Nazri berkata, pesuruhjaya Suhakam tidak harus berat sebelah dalam pendirian mereka.
Chegu Zul
Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian
Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat – 2 Julai 2009
Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.
Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.
Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Dikeluarkan oleh:
YB Mohamed Azmin Ali, Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, YB Tan Seng Giaw Ketua Whip Ahli Parlimen DAP dan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS
JABATAN PERDANA MENTERI
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah, YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, YB William Leong, YB Ahmad Kasim, YB Fuziah Salleh daripada PKR.
YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, YB Ust Nasharudin Mat Isa, YB Salahuddin Ayub, YB Dr Hatta Ramli, YB Dr Dzulkifli Ahmad
YB Taib Azamuddin, YB Khalid Samad daripada PAS.
YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB M Kulasegaran YB Ngeh Koo Ham, YB Gobind Singh Deo, YB M Manogaran daripada DAP.
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul, YB Salahuddin Haji Ayub dan YB Karpal Singh.
KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali, Dr Dzulkifli Ahmad dan YAB Lim Guan Eng
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim YB Khalid Samad YB Tan Kok Wai
KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas YB Dato’ Mahfuz Omar YB Gobind Singh Deo
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Er Teck Hwa
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang YB Nasir bin Zakaria YB Charles Anthony Santiago
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong YB Dr Mohd Hatta Ramli YB Teresa Kok
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim YB Taib Azamuddin Md Taib YB Sim Tong Him
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut YB Jeff Ooi
KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff, YB Che Uda Che Nik YB Chong Eng
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani YB Dato’ Mahfuz Haji Omar YB Teo Nie Ching
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid YB Muhammad bin Husin YB M Kulasegaran
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar YB Dr Che Rosli Che Mat YB Chow Kon Yeow
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian YB Dr Siti Mariah Mahmud YB Nga Kor Ming
KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin YB Liew Chin Tong
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman YB M Manogaran
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah YB Dato’ Kamarudin Jaffar YB P Ramasamy
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Tan Tee Beng YB Mohd Firdaus bin Jaafar YB Anthony Loke Siew Fook
KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye YB Dr Mohd Hayati Othman YB Dr Tan Seng Giaw
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf YB Fong Po Kuan
KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Fong Kui Lun
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Wee Choo Keong YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali YB Lim Lip Eng
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin YB Salahuddin Haji Ayub YB Tony Pua
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Gobalakrishnan a/l Nagapan YB Dr Mujahid Yusof Rawa YB Chong Chien Jen
Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian
Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat – 2 Julai 2009
Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.
Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.
Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Dikeluarkan oleh:
YB Mohamed Azmin Ali, Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, YB Tan Seng Giaw Ketua Whip Ahli Parlimen DAP dan YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS
JABATAN PERDANA MENTERI
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YB Sivarasa Rasiah, YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, YB William Leong, YB Ahmad Kasim, YB Fuziah Salleh daripada PKR.
YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, YB Ust Nasharudin Mat Isa, YB Salahuddin Ayub, YB Dr Hatta Ramli, YB Dr Dzulkifli Ahmad
YB Taib Azamuddin, YB Khalid Samad daripada PAS.
YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng, YB M Kulasegaran YB Ngeh Koo Ham, YB Gobind Singh Deo, YB M Manogaran daripada DAP.
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
YB Dato’ Johari Abdul, YB Salahuddin Haji Ayub dan YB Karpal Singh.
KEMENTERIAN KEWANGAN
YB Mohamed Azmin Ali, Dr Dzulkifli Ahmad dan YAB Lim Guan Eng
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim YB Khalid Samad YB Tan Kok Wai
KEMENTERIAN KERJA RAYA
YB Dato’ Kamarul Bahrin Abbas YB Dato’ Mahfuz Omar YB Gobind Singh Deo
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Rashid Din YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Er Teck Hwa
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
YB Chua Tian Chang YB Nasir bin Zakaria YB Charles Anthony Santiago
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
YB William Leong YB Dr Mohd Hatta Ramli YB Teresa Kok
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
YB Ahmad Kassim YB Taib Azamuddin Md Taib YB Sim Tong Him
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
YB Azan Ismail YB Dr Mohd Abdul Wahid Endut YB Jeff Ooi
KEMENTERIAN PELAJARAN
YB Yusmadi Yusoff, YB Che Uda Che Nik YB Chong Eng
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
YB Amran Abdul Ghani YB Dato’ Mahfuz Haji Omar YB Teo Nie Ching
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
YB Abdullah Sani Abdul Hamid YB Muhammad bin Husin YB M Kulasegaran
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
YB Nurul Izzah Anwar YB Dr Che Rosli Che Mat YB Chow Kon Yeow
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
YB Hee Loy Sian YB Dr Siti Mariah Mahmud YB Nga Kor Ming
KEMENTERIAN PERTAHANAN
YB Saifuddin Nasution Ismail YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin YB Liew Chin Tong
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
YB Ab Aziz Ab Kadir YB Dato’ Ab Halim bin Ab Rahman YB M Manogaran
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
YB Sivarasa Rasiah YB Dato’ Kamarudin Jaffar YB P Ramasamy
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
YB Tan Tee Beng YB Mohd Firdaus bin Jaafar YB Anthony Loke Siew Fook
KEMENTERIAN KESIHATAN
YB Dr Lee Boon Chye YB Dr Mohd Hayati Othman YB Dr Tan Seng Giaw
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB Zuraida Kamaruddin YB Siti Zailah bt Mohd Yusuf YB Fong Po Kuan
KEMENTERIAN PELANCONGAN
YB Manikavasagam a/l Sundaram YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah YB Fong Kui Lun
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
YB Wee Choo Keong YB Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali YB Lim Lip Eng
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
YB Zulkifli Nordin YB Salahuddin Haji Ayub YB Tony Pua
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
YB Gobalakrishnan a/l Nagapan YB Dr Mujahid Yusof Rawa YB Chong Chien Jen